KOTA BHARU - Sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja dan membuat pembayaran secara tunai adalah antara faktor utama syarikat pelancongan Bumiputera, Al-Quds Travel Sdn. Bhd. (Al-Quds) terus maju dan mampu berdiri kukuh dengan menyaksikan peningkatan pendapatan setiap tahun.

Pengarah Urusannya, Wan Mohd. Zamri Wan Salleh berkata, sikap rakyat Kelantan itu disifatkan satu keistimewaan yang secara tidak langsung telah membantu mengukuhkan kewangan dan pendapatan syarikat berkenaan.

"Sehingga kini, sejak sepuluh tahun penubuhan syarikat ini, kami belum pernah mengalami masalah kekurangan pendapatan dan mencatatkan peningkatan membabitkan pelbagai jualan pakej pelancongan ditawarkan sesuai dengan kehendak pelanggan.

"Bermula dengan pendapatan sebanyak RM1 juta pada tahun 2000, Al-Quds telah memperoleh pendapatan sebanyak RM17 juta pada tahun lalu dan yang uniknya pendapatan itu disumbangkan seratus peratus oleh rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ejen yang dilantik Malaysia Airlines (MAS) di sini semalam.

SUMBER : Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails