London & Paris Tour Dengan Kerjasama Al Quds Travel Sdn Bhd

Assalamualikum Semua


Pihak perantau holidays ingin merakamkan penghargaan kepada Al-Quds Travel Agency dari Kelantan Darul Naim yang sudi menjalinkan kerjasama bersama PERANTAUHOLIDAYS bagi menjayakan trip rakan-rakan kita seramai 14 orang dari Kelantan Darulnaim.


Kepada ketua Deligasi Cikgu Hajjah Wan Jah pihak kami juga ingin mengucapkan ucapan penghargaan diatas kesudian cikgu dan rakan-rakan semua menggunakan perkhidmatan kami.
Tidak dilupakan juga kepada Tourist Guide kami Ustaz Wan Zambri (Pengarah Urusan Al Quds Travel Sdn Bhd) dan juga pembantunya yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi menjayakan trip ke London.


Penghargaan ini juga dipanjangkan kepada En.Shafudin Mohd.Yatim dan En.Hassan dari Hull diatas kerja yang gigih dan mesra kerana telah mengetuai trip untuk ke Paris selama 3 hari.


Semoga trip ini menjadi kenangan indah rakan-rakan kita dari Malaysia.


Ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan dari pihak perantauholidays sepanjang pihak kami mengendalikan trip ini.


Kepada rakan kita selamat terbang kembali ke Malaysia pada 13 hb July nanti. Panjang umur kita jumpa lagi


SUMBER :Perantauholidays

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails